18 Aug 2008
Tuhan..!
Aku tidak tahu mengapa aku ini
Aku berlainan sekali dari orang
Setiap kali kedatangan Ramadhan mereka menyambut dengan gembira
Muka-muka mereka kelihatan ceria
Tapi aku berlainan pula
Kedatangan Ramadhan penuh dukacita
Bukan aku benci dengan bulanmu
Yang penuh dengan rahmat dan berkat
Tapi aku benci dengan diriku
Aku bimbang Ramadhanmu aku tidak dapat mengisinya dengan sebaik-baiknya
Aku rasa puasaku tidak sempurna
Bahkan adakalanya aku rasa puasaku terbatal selalu
Sembahyang yang aku bina tidak sah
Tarawikh dan bacaan Al Quranku tidak sampai ke mana
Tuhan!
Inilah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali kedatangan Ramadhan
Aku tidak tahu apakah ini satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan!
Maafkan aku!
Kalau ini satu kesalahan
Pimpinlah aku
Dan betulkanlah sikapku
Sekali lagi aku memohon ampun dari-Mu
11 Aug 2008
Orang profesional yang sebenarnya itu adalah yang merasa diri tidak layak dan tidak mampu membuat kerja-kerja yang diberikan kepadanya. Biarpun dia itu lahirnya memang cukup berbakat dan berpengetahuan dalam hal kerja yang diberikan tetapi rasa-rasa seperti itu membuatkan dia menyerahkan segala urusan kerjanya kepada Tuhan. Dia pun berdoa dan meminta kepada Tuhan, juga memohon dengan berkat gurunya. Hasilnya, akan datang bantuan-bantuan ghaib datang membantu menyelesaikan kerjanya. Sehinggakan bila sempurna kerja tersebut, tidak terasa pun yang kerja itu hasil tangannya. Tidak terasa yang dia itu berbuat. Tidak terasa yang dia itu ada campurtangan dalam kerja tersebut. Maka, daripada kejayaan kerja itu, hatinya terselamat daripada dosa batin seperti riyak dan ujub. Daripada kegagalan kerja itu pula, hatinya merasa itulah dosa-dosanya. Kegagalan tersebut tidak membuatkan dia buruk sangka dengan Tuhannya. Jauh sekali merasa kecewa atau dia putus asa.
Bukanlah dikatakan profesional jika dalam hendak membuat kerja, dia itu merasa diri pandai, merasa diri mampu dan merasa diri dia layak membuatnya. Dia sebenarnya sombong dengan Tuhannya kerana tidak merujuk dengan Tuhan sebaliknya merujuk pada kepandaian dan kemampuan diri dalam hendak membuat kerja. Apabila berjaya, dia akan mendabik dada dan berkata “Sayalah yang punya idea”, “Sayalah yang membuatnya”, “Jika tanpa saya, kerja tersebut tak akan berjaya”. Jikapun tidak berkata di mulut, di hati dia tetap berkata. Apabila gagal, dia tidak redha atas kegagalan sebaliknya mencari orang lain untuk dipersalahkan. Dia itu sudah membuat dosa-dosa batin tanpa disedarinya. Dia itu telah tenggelam dalam syirik khafi yang membawa kepada neraka jika tidak segera bertaubat atas dosa-dosa tersebut. Orang seperti ini sebenarnya bukanlah orang yang profesional, sebaliknya adalah orang emosional.
07 Aug 2008
Tahun 2008 bermakna umur kita semua dah 32. Kalau ikut asia punya standard, umur macam kita ni, badan dah hancuss. Perut dah naik, sometimes mengalahkan perut pompuan mengadong. Stamina dah tak de. Kalau ada pun cukup untuk perform waktu malam je. Itu pun tak bole selalu hehehehe.
Sebenarnya, tak bermakna umur meningkat badan kita pun meningkat jugak. Muscle ni ikut seniority. Lagi senior muscle, lagi padat dan matured. Tu sebab kalau kita tengok bodybuilder, kebanyakkan yang menang semua dah senior.
Untuk menjaga badan tak semestinya kita kena pegi gym. Yang paling penting adalah menjaga pemakanan. Time dan quantity makanan yang masuk ke dalam perut hendaklah dijaga. Untuk permulaan, cuba jangan makan makanan berkaborhidrat selepas pukul 7 petang. Cuba makan ikan atau ayam panggang atau rebus untuk makan malam. sayur dan buah digalakkan. Buah yang baik adalah epal hijau. Minum air masak sebanyak yang mungkin sepanjang hari. Insyaallah akan berhasil.
05 Aug 2008
Punya la lama aku dok mencari kat mana nak click nak post. Baru hari ni kelihatan. So maknanya umur aku masih panjang hehehehehe. This will be my first posting and others will menyusul tak lam lagi. Yeah Bebeh!
2010-07-31 @ 04:25:53 am
by mp3 ringtones
Wholesale Juicy Couture Purses provides ...
2010-07-30 @ 05:10:30 pm
by Juicy bags
chanel bags cheap provides you ...
2010-07-30 @ 01:09:24 pm
by chanel
chanel bags cheap provides you ...
2010-07-30 @ 01:08:39 pm
by chanel
Whether we like it or ...
2010-07-29 @ 05:08:30 pm
by term papers