Calendar

October 2008
SunMonTueWedThuFriSat
 << <Aug 2010> >>
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

Tetamu Blog Hari Ini


Free chat widget @ ShoutMix

Last Comment

Some people opt to hear the ...

2010-07-31 @ 04:25:53 am
by mp3 ringtones


Wholesale Juicy Couture Purses provides ...

2010-07-30 @ 05:10:30 pm
by Juicy bags


chanel bags cheap provides you ...

2010-07-30 @ 01:09:24 pm
by chanel


chanel bags cheap provides you ...

2010-07-30 @ 01:08:39 pm
by chanel


Whether we like it or ...

2010-07-29 @ 05:08:30 pm
by term papers


Announce

rss Syndication

Choose a skin



Posts sent in: November 2008

20 Nov 2008 

Video Clip Sajak Kematian adalah keluaran 2001. Kira-kira Video Clip itu sudah berusia lebih tujuh tahun. Tidak ada sebarang kajian yang menghitung jumlah penonton Sajak Kematian tersebut. Juga tidak pula di ketahui berapa unit VCDnya yang beredar dalam pasaran dan berada di tangan masyarakat. Apa yang menjadi persoalan dan juga agak menghairankan, mengapa sekonyong-konyong sekarang ini menjadi isu pro dan kontra?

 

Video Clip Sajak Kematian itu berfungsi membantu umat Islam untuk zikrulmaut, yang merupakan sunnah Rasulullah SAW serta amalan para salafussoleh. Kalau pun tidak untuk tempoh yang lama, menonton Sajak Kematian itu boleh mendatangkan keinsafan untuk tiga bulan. Selepas tempoh itu, rasa insaf akan semakin pudar. Untuk menjadikan zikrulmaut itu kekal, maka seseorang itu perlu memiliki ilmu berkaitan dengan kematian, barzakh, mahsyar, neraka dan syurga.

 

Dengan adanya ilmu dan pengetahuan mengenai keseluruhan alam akhirat, ianya akan membantu seseorang itu benar-benar dapat menghayati Rukun Iman kelima tersebut. Begitu pun setelah berilmu, belumlah ada jaminan untuk seseorang itu benar-benar dapat merasakan bahawa kematian itu dekat. Serta benar-benar akan mengubah sikap agar usia bertambah itu adalah ‘countdown’ untuk kehidupan setiap manusia.

 

Sajak Kematian itu dapat juga dijadikan bahan untuk menambah rasa atau perasaan terhadap kematian yang datangnya tidak diketahui dan tanpa disangka-sangka. Mari kita sama-sama jujur terhadap diri sendiri dan terhadap Tuhan, cuba kita hitung dalam tempoh sehari semalam, berapa kali persoalan mati terasa dihati dan terlintas di fikiran kita? Kalau kita benar-benar jujur, mungkin sekali setahun pun tidak terlintas. Sebab itu apabila sampai berita mengenai kematian saudara mara kita atau kawan kenalan kita, terluncur kata-kata, ‘Eh, mati betul ke?’ Seolah-olah bagi kita kematian itu sesuatu yang sangat asing hingga seolah-olah ada mati olok-olok, kurang mempercayai akan kematian itu yang datangnya tanpa di duga terlebih dulu.

 

Terlalu mempersoalkan Sajak Kematian itu seolah-olah kita mahu menepis agar persoalan kematian jangan sampai kepengetahuan kita. Kita tidak mahu tahu dan tidak mahu dengar tentang kematian. Kita cuba ‘escape’ perasaan dan fikiran kita dari persoalan mati. Seolah-olah kita benci. Kebencian kita itu berlapik dengan berbagai alasan yang sengaja diada-adakan. Ini membuktikan betapa lemahnya penghayatan Rukun Iman. Mungkin juga inilah akibat didikan sekular yang kita harungi selama ini. Semua ilmu Islam termasuk mengenai iman pun dijadikan mata pelajaran untuk lulus peperiksaan. Sedangkan dalam Islam, persoalan tentang iman adalah untuk diyakini dan dihayati. Bukan untuk hafalan dan dimuntahkan semula keatas kertas peperiksaan. Selepas itu dapat sijil dengan markah ‘A’ dalam ilmu Tauhid. Tetapi bila bertemu dengan Sajak Kematian dikatakan khurafat. Sebaliknya cerita hantu yang penuh tahyul dan mengarut itu mendapat tempat di media. Ianya disanjung sebagai hasil kerja seni yang layak mendapat anugerah.

 

Saya kurang pasti apakah ianya Hadis atau kata-kata ulama iaitu diakhir zaman ini yang benar dikatakan batil, manakala yang batil dikatakan benar. Dalam isu Sajak Kematian, entah dimana silapnya hingga ada pihak yang sangat menilai negatif. Mungkin juga kini pihak yang kontra tidak ada hujah untuk menolak kandungan Video Clip itu, maka di  tukar serangan. Kali ini bukan lagi kandungan Sajak Kematian yang menjadi persoalan, tetapi dipersoalkan siapa yang mengeluarkan Video Clip itu. Inilah yang dikatakan sikap tidak rasional atau kurang pertimbangan. Apa pula kena mengena dan hubungkaitnya Sajak Kematian itu dengan pengeluarnya? Ada yang mendakwa ianya sebagai propaganda satu kumpulan. Hujah begini pun ada orang terpengaruh? Memang aneh! Adakah satu pendekatan untuk menginsafkan masyarakat dengan zikrulmaut dianggap satu propaganda? Hujah ini pun boleh diterima? Cubalah fikirkan apakah munasabah kerja mulia untuk Tuhan, untuk hendak bawa hati manusia kepada Tuhan, untuk zikrulmzut dan untuk kebaikan pun dianggap propaganda? Sedangkan setiap detik kita disogok, kita dihidangkan, kita disuap dengan berbagai propaganda anti Tuhan, mengheret kita jauh dari Tuhan, membawa kita lalai dari Tuhan, menjadikan Tuhan terpinggir dari kehidupan, untuk maksiat dan kemungkaran, itu tidak pula dikatakan sebagai propaganda? Ada relevannya kalau saya katakan situasi ini umpama madah pujangga, ‘Kalau seseorang itu sayang kepada seseorang, dia akan sayang dengan anjing-anjingnya, dan kalau dia benci dengan seseorang dia akan benci dengan bunga-bunganya’. Kejahatan yang dibuat oleh orang yang disayanginya turut disanjung, sebaliknya kebaikan yang dibuat oleh orang yang dibencinya turut di nafikan, dikutuk dan dicerca.

 

Akhirnya musuh Islam yang bertepuk tangan kerana melihat telatah dan gelagat umat Islam yang sudah hilang pertimbangan. Musuh Islam berjaya mencorakkan pemikiran dan sikap umat Islam yang sudah tidak dapat membezakan baik dan buruk, benar dan salah, hak dan batil. Berjayalah musuh Islam mendidik umat Islam yang sudah sangat mencintai dunia yang bersifat sementara ini dan takut kepada kematian. Apabila ini terjadi, maka musuh-musuh Islam akan melanyak umat Islam ini semahu-mahunya. Musuh Islam hanya takut kepada umat Islam yang mencitai kematian. Umat Islam yang mencintai kematian, kehidupan mereka akan menjadi bersih daripada maksiat dan kemungkaran. Maka Tuhan sudi melindungi, menolong dan membantu. Lantaran itulah salafussoleh Tuhan serahkan menguasai empayar tiga suku dunia. Dan musuh gerun terhadap mereka, kerana mereka tiada kepentingan duniawi. Tuhan tidak pandang kepada umat Islam yang hanya berjuang demi untuk sesuap nasi buat mengisi perut sendiri. Mereka inilah yang sangat sakit hati dengan persoalan kematian biar datang dari pihak mana pun. 


http://www.eratimur.com/sajak-kematian-untuk-apa-di-jadikan-isu/


Sajak Kematian at Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/93138


Sajak Kematian Malaysiakini lagi http://www.malaysiakini.com/news/93319

 


 




alifialias · 351 views · 9 comments