Calendar

November 2010
SunMonTueWedThuFriSat
 << <Aug 2010> >>
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

Tetamu Blog Hari Ini


Free chat widget @ ShoutMix

Last Comment

Some people opt to hear the ...

2010-07-31 @ 04:25:53 am
by mp3 ringtones


Wholesale Juicy Couture Purses provides ...

2010-07-30 @ 05:10:30 pm
by Juicy bags


chanel bags cheap provides you ...

2010-07-30 @ 01:09:24 pm
by chanel


chanel bags cheap provides you ...

2010-07-30 @ 01:08:39 pm
by chanel


Whether we like it or ...

2010-07-29 @ 05:08:30 pm
by term papers


Announce

rss Syndication

Choose a skin



Posts sent in: January 2001

18 Dec 2008 
Ahlan wa sahlan dan selamat datang wahai Muharram 1430 Hijrah. Seluruh hari orang mukmin merindui ketibaanmu. Dunia Islam yang sedang muram dan lesu amat ternanti-nanti akan ketibaanmu. Berhijrahlah dengan penuh hikmah dan azam.


alifialias · 1155 views · 59 comments
08 Dec 2008 
Mari kita renungi dan hayati Sejarah dan Hikmah di Sebalik Ibadah Haji, apakah syarat batin dan apakah yang dimaksudkan dengan Haji Kemuncak Ibadah dan Hikmah.



alifialias · 570 views · 36 comments
20 Nov 2008 

Video Clip Sajak Kematian adalah keluaran 2001. Kira-kira Video Clip itu sudah berusia lebih tujuh tahun. Tidak ada sebarang kajian yang menghitung jumlah penonton Sajak Kematian tersebut. Juga tidak pula di ketahui berapa unit VCDnya yang beredar dalam pasaran dan berada di tangan masyarakat. Apa yang menjadi persoalan dan juga agak menghairankan, mengapa sekonyong-konyong sekarang ini menjadi isu pro dan kontra?

 

Video Clip Sajak Kematian itu berfungsi membantu umat Islam untuk zikrulmaut, yang merupakan sunnah Rasulullah SAW serta amalan para salafussoleh. Kalau pun tidak untuk tempoh yang lama, menonton Sajak Kematian itu boleh mendatangkan keinsafan untuk tiga bulan. Selepas tempoh itu, rasa insaf akan semakin pudar. Untuk menjadikan zikrulmaut itu kekal, maka seseorang itu perlu memiliki ilmu berkaitan dengan kematian, barzakh, mahsyar, neraka dan syurga.

 

Dengan adanya ilmu dan pengetahuan mengenai keseluruhan alam akhirat, ianya akan membantu seseorang itu benar-benar dapat menghayati Rukun Iman kelima tersebut. Begitu pun setelah berilmu, belumlah ada jaminan untuk seseorang itu benar-benar dapat merasakan bahawa kematian itu dekat. Serta benar-benar akan mengubah sikap agar usia bertambah itu adalah ‘countdown’ untuk kehidupan setiap manusia.

 

Sajak Kematian itu dapat juga dijadikan bahan untuk menambah rasa atau perasaan terhadap kematian yang datangnya tidak diketahui dan tanpa disangka-sangka. Mari kita sama-sama jujur terhadap diri sendiri dan terhadap Tuhan, cuba kita hitung dalam tempoh sehari semalam, berapa kali persoalan mati terasa dihati dan terlintas di fikiran kita? Kalau kita benar-benar jujur, mungkin sekali setahun pun tidak terlintas. Sebab itu apabila sampai berita mengenai kematian saudara mara kita atau kawan kenalan kita, terluncur kata-kata, ‘Eh, mati betul ke?’ Seolah-olah bagi kita kematian itu sesuatu yang sangat asing hingga seolah-olah ada mati olok-olok, kurang mempercayai akan kematian itu yang datangnya tanpa di duga terlebih dulu.

 

Terlalu mempersoalkan Sajak Kematian itu seolah-olah kita mahu menepis agar persoalan kematian jangan sampai kepengetahuan kita. Kita tidak mahu tahu dan tidak mahu dengar tentang kematian. Kita cuba ‘escape’ perasaan dan fikiran kita dari persoalan mati. Seolah-olah kita benci. Kebencian kita itu berlapik dengan berbagai alasan yang sengaja diada-adakan. Ini membuktikan betapa lemahnya penghayatan Rukun Iman. Mungkin juga inilah akibat didikan sekular yang kita harungi selama ini. Semua ilmu Islam termasuk mengenai iman pun dijadikan mata pelajaran untuk lulus peperiksaan. Sedangkan dalam Islam, persoalan tentang iman adalah untuk diyakini dan dihayati. Bukan untuk hafalan dan dimuntahkan semula keatas kertas peperiksaan. Selepas itu dapat sijil dengan markah ‘A’ dalam ilmu Tauhid. Tetapi bila bertemu dengan Sajak Kematian dikatakan khurafat. Sebaliknya cerita hantu yang penuh tahyul dan mengarut itu mendapat tempat di media. Ianya disanjung sebagai hasil kerja seni yang layak mendapat anugerah.

 

Saya kurang pasti apakah ianya Hadis atau kata-kata ulama iaitu diakhir zaman ini yang benar dikatakan batil, manakala yang batil dikatakan benar. Dalam isu Sajak Kematian, entah dimana silapnya hingga ada pihak yang sangat menilai negatif. Mungkin juga kini pihak yang kontra tidak ada hujah untuk menolak kandungan Video Clip itu, maka di  tukar serangan. Kali ini bukan lagi kandungan Sajak Kematian yang menjadi persoalan, tetapi dipersoalkan siapa yang mengeluarkan Video Clip itu. Inilah yang dikatakan sikap tidak rasional atau kurang pertimbangan. Apa pula kena mengena dan hubungkaitnya Sajak Kematian itu dengan pengeluarnya? Ada yang mendakwa ianya sebagai propaganda satu kumpulan. Hujah begini pun ada orang terpengaruh? Memang aneh! Adakah satu pendekatan untuk menginsafkan masyarakat dengan zikrulmaut dianggap satu propaganda? Hujah ini pun boleh diterima? Cubalah fikirkan apakah munasabah kerja mulia untuk Tuhan, untuk hendak bawa hati manusia kepada Tuhan, untuk zikrulmzut dan untuk kebaikan pun dianggap propaganda? Sedangkan setiap detik kita disogok, kita dihidangkan, kita disuap dengan berbagai propaganda anti Tuhan, mengheret kita jauh dari Tuhan, membawa kita lalai dari Tuhan, menjadikan Tuhan terpinggir dari kehidupan, untuk maksiat dan kemungkaran, itu tidak pula dikatakan sebagai propaganda? Ada relevannya kalau saya katakan situasi ini umpama madah pujangga, ‘Kalau seseorang itu sayang kepada seseorang, dia akan sayang dengan anjing-anjingnya, dan kalau dia benci dengan seseorang dia akan benci dengan bunga-bunganya’. Kejahatan yang dibuat oleh orang yang disayanginya turut disanjung, sebaliknya kebaikan yang dibuat oleh orang yang dibencinya turut di nafikan, dikutuk dan dicerca.

 

Akhirnya musuh Islam yang bertepuk tangan kerana melihat telatah dan gelagat umat Islam yang sudah hilang pertimbangan. Musuh Islam berjaya mencorakkan pemikiran dan sikap umat Islam yang sudah tidak dapat membezakan baik dan buruk, benar dan salah, hak dan batil. Berjayalah musuh Islam mendidik umat Islam yang sudah sangat mencintai dunia yang bersifat sementara ini dan takut kepada kematian. Apabila ini terjadi, maka musuh-musuh Islam akan melanyak umat Islam ini semahu-mahunya. Musuh Islam hanya takut kepada umat Islam yang mencitai kematian. Umat Islam yang mencintai kematian, kehidupan mereka akan menjadi bersih daripada maksiat dan kemungkaran. Maka Tuhan sudi melindungi, menolong dan membantu. Lantaran itulah salafussoleh Tuhan serahkan menguasai empayar tiga suku dunia. Dan musuh gerun terhadap mereka, kerana mereka tiada kepentingan duniawi. Tuhan tidak pandang kepada umat Islam yang hanya berjuang demi untuk sesuap nasi buat mengisi perut sendiri. Mereka inilah yang sangat sakit hati dengan persoalan kematian biar datang dari pihak mana pun. 


http://www.eratimur.com/sajak-kematian-untuk-apa-di-jadikan-isu/


Sajak Kematian at Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/93138


Sajak Kematian Malaysiakini lagi http://www.malaysiakini.com/news/93319

 


 




alifialias · 351 views · 9 comments
30 Oct 2008 
Faiz pernah bersekolah di Maahad Muhammadi, Kelantan kemudian di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, dan kemudiannya UIAM. Beliau bekerja di FELDA sehingga lah beliau sakit. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi (29/10/2008)


mhusni · 1497 views · 73 comments
23 Sep 2008 
Panduan Bersama Untuk Menyambut Syawal..


alifialias · 685 views · 44 comments
19 Sep 2008 
Dimaklumkan rakan se-UIAM kita, Khairil Hisham bin Ahmad (19.9.1976-18.9.2008), BBA telah meninggal dunia semalam (18.9.2008) due to a fatal car accident di Tripoli, Libya.
Allahyarham bertugas di kedutaan Malaysia di Libya. Jenazah sedang diuruskan untu


mhusni · 1355 views · 94 comments
17 Sep 2008 
Rasanya ramai yg kenal dgn Faiz ni.. budak Econs.. suami kpd ASMIZAL JAAFAR


mhusni · 2356 views · 58 comments
18 Aug 2008 

Tuhan..!

Aku tidak tahu mengapa aku ini

Aku berlainan sekali dari orang

Setiap kali kedatangan Ramadhan mereka menyambut dengan gembira

Muka-muka mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan pula

Kedatangan Ramadhan penuh dukacita

Bukan aku benci dengan bulanmu

Yang penuh dengan rahmat dan berkat

Tapi aku benci dengan diriku

Aku bimbang Ramadhanmu aku tidak dapat mengisinya dengan sebaik-baiknya

Aku rasa puasaku tidak sempurna

Bahkan adakalanya aku rasa puasaku terbatal selalu

Sembahyang yang aku bina tidak sah

Tarawikh dan bacaan Al Quranku tidak sampai ke mana


Tuhan!

Inilah yang menyelubungi hatiku

Setiap kali kedatangan Ramadhan

Aku tidak tahu apakah ini satu kesalahan

Ampunkan aku Tuhan!

Maafkan aku!

Kalau ini satu kesalahan

Pimpinlah aku

Dan betulkanlah sikapku

Sekali lagi aku memohon ampun dari-Mu


alifialias · 496 views · 12 comments
11 Aug 2008 
Orang profesional yang sebenarnya itu adalah yang merasa diri tidak layak dan tidak mampu membuat kerja-kerja yang diberikan kepadanya. Biarpun dia itu lahirnya memang cukup berbakat dan berpengetahuan dalam hal kerja yang diberikan tetapi rasa-rasa seperti itu membuatkan dia menyerahkan segala urusan kerjanya kepada Tuhan. Dia pun berdoa dan meminta kepada Tuhan, juga memohon dengan berkat gurunya. Hasilnya, akan datang bantuan-bantuan ghaib datang membantu menyelesaikan kerjanya. Sehinggakan bila sempurna kerja tersebut, tidak terasa pun yang kerja itu hasil tangannya. Tidak terasa yang dia itu berbuat. Tidak terasa yang dia itu ada campurtangan dalam kerja tersebut. Maka, daripada kejayaan kerja itu, hatinya terselamat daripada dosa batin seperti riyak dan ujub. Daripada kegagalan kerja itu pula, hatinya merasa itulah dosa-dosanya. Kegagalan tersebut tidak membuatkan dia buruk sangka dengan Tuhannya. Jauh sekali merasa kecewa atau dia putus asa.

Bukanlah dikatakan profesional jika dalam hendak membuat kerja, dia itu merasa diri pandai, merasa diri mampu dan merasa diri dia layak membuatnya. Dia sebenarnya sombong dengan Tuhannya kerana tidak merujuk dengan Tuhan sebaliknya merujuk pada kepandaian dan kemampuan diri dalam hendak membuat kerja. Apabila berjaya, dia akan mendabik dada dan berkata “Sayalah yang punya idea”, “Sayalah yang membuatnya”, “Jika tanpa saya, kerja tersebut tak akan berjaya”. Jikapun tidak berkata di mulut, di hati dia tetap berkata. Apabila gagal, dia tidak redha atas kegagalan sebaliknya mencari orang lain untuk dipersalahkan. Dia itu sudah membuat dosa-dosa batin tanpa disedarinya. Dia itu telah tenggelam dalam syirik khafi yang membawa kepada neraka jika tidak segera bertaubat atas dosa-dosa tersebut. Orang seperti ini sebenarnya bukanlah orang yang profesional, sebaliknya adalah orang emosional.
alifialias · 352 views · 11 comments
07 Aug 2008 
Tahun 2008 bermakna umur kita semua dah 32. Kalau ikut asia punya standard, umur macam kita ni, badan dah hancuss. Perut dah naik, sometimes mengalahkan perut pompuan mengadong. Stamina dah tak de. Kalau ada pun cukup untuk perform waktu malam je. Itu pun tak bole selalu hehehehe.
Sebenarnya, tak bermakna umur meningkat badan kita pun meningkat jugak. Muscle ni ikut seniority. Lagi senior muscle, lagi padat dan matured. Tu sebab kalau kita tengok bodybuilder, kebanyakkan yang menang semua dah senior.
Untuk menjaga badan tak semestinya kita kena pegi gym. Yang paling penting adalah menjaga pemakanan. Time dan quantity makanan yang masuk ke dalam perut hendaklah dijaga. Untuk permulaan, cuba jangan makan makanan berkaborhidrat selepas pukul 7 petang. Cuba makan ikan atau ayam panggang atau rebus untuk makan malam. sayur dan buah digalakkan. Buah yang baik adalah epal hijau. Minum air masak sebanyak yang mungkin sepanjang hari. Insyaallah akan berhasil.
cohong · 941 views · 30 comments
05 Aug 2008 
Punya la lama aku dok mencari kat mana nak click nak post. Baru hari ni kelihatan. So maknanya umur aku masih panjang hehehehehe. This will be my first posting and others will menyusul tak lam lagi. Yeah Bebeh!

cohong · 443 views · 9 comments
24 Jul 2008 

Assalamualaikum wbt.

Beberapa panduan buat rakan2 yg ingin menghantar posting, comments, articles, puisi, berita, makluman, promosi atau apa shj yg ingin dikongsikan bersama rakan2 warga IIUM Grad2000 (G2K) di dalam diskusi maya ini.

1- Blog IIUM G2K

i- masuk ke web address http://iiumgrad2000.hyperblogger.net/
ii- di muka hadapan, klik butang 'register!' di sebelah kanan atas utk mendaftarkan diri
iii- untuk login, klik butang 'connect' juga di sebelah kanan atas
iv- untuk menghantar post/artikel, login terlebih dahulu, kemudian klik button 'write a new post' di sebelah kanan paling atas sekali.
v- untuk meninggalkan komen, klik button 'leave a comment' atau simply klik kpd 'comments'2 yg lalu dan hantarkan reply anda pada ruang yg disediakan..

*PERHATIAN kpd sesiapa yg ingin menghantar post, sila maklumkan kpd admin atau beritahu sahaja di ruang comments spya pihak admin dpt mengupgrade keahlian anda utk membolehkan anda menghantar posting anda sendiri. maaf atas kesulitan sebelum ini. terima kasih. maaf zahir batin...


2- Forum IIUM G2K

i- masuk ke web address http://iiumgrad2000.forums2u.com/
ii- di muka hadapan, klik butang 'register'.
iii- sila baca Terms of Services kemudian klik butang 'I Agree to these terms' sekiranya anda bersetuju atau sebaliknya.
iv- masukkan username / nickname pilihan anda, email address dan password, kemudian penuhkan maklumat2 yg diinginkan.
v- Sila aktifkan akaun anda melalui confirmation email yang diemailkan ke email anda.
vi- klik link yg diberikan di dalam email anda dan anda sudah bersedia utk menghantar posting.
vii- sekiranya anda datang utk kali kedua atau seterusnya, login seperti biasa dgn klik di butang 'login'
viii- sekiranya ingin memberi cadangan ataupun berminat utk menjadi moderator, sila klik nama 'Admin' kemudian di dalam ruang 'Viewing profile : Admin', sila klik button 'PM' (send private message) dan sila nyatakan komen/cadangan anda pada ruang yg disediakan, dan jgn lupa utk memperkenalkan diri anda..!

Lupa nak pesan.. Klik sahaja mana2 tajuk forum yg anda ingin hantarkan post anda. Klik 'New Topic' untuk memulakan topik baru atau klik 'Post Reply' utk menjawab topik2 baru atau yg sedia ada. Selamat berforum !

Moga2 usaha tidak seberapa ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita, serta dapat menjadi pemangkin dan memberi satu kekuatan baru kpd warga IIUM G2K utk terus melangkah dan mengharungi cabaran kehidupan yang penuh dgn onak dan duri ini. Wassalamualaikum.
alifialias · 632 views · 17 comments
19 Jul 2008 
Ahlan wa sahlan, welcome dan selamat datang...

Memandangkan ramai kengkawan kita yg 1st batch gombak (IIUM 96/2000) yang dah bertebaran membawa sayap, kerjaya dan keluarga masing2 (sorry bg belum berkeluarga) adalah diharap agar blog ini dapat menyatukan kita semula ibarat Sirih Pulang Ke Gagang (SPG?)

Almaklumlah, dah lebih 10 tahun dari kita berkenalan dulu, kdg2 tu kita dengar berita kwn2 kita dari kejauhan aje, ada yg dh jd lawyer, majistret, akauntan, businessman dan ada yg melanjutkan pelajaran oversea. Dalam pada itu ada jgk kawan kita yg sudah kembali ke rahmatullah bertemu dengan kekasih sejatinya, Tuhan Pencipta

Tak kurang juga ada di kalangan member2 kita yang jadi orang kuat menteri dan Timbalan Ketua Menteri ! Di samping tu, ada juga yg xnak keluar dari kepompong gombak tu, untuk menabur bakti lalu mengapply utk jd staf ataupun lecturer.. Jangan jadi killer lecturer udah le..

Ape2hal pun diharap anda semua dapat memberi sokongan kpd blog dan forum IIUM Grad 2000 ini. Ahlan wa sahlan sekali lagi..
alifialias · 1158 views · 27 comments
19 Jul 2008 
Assalamualaikum wbt.

Attention to all IIUM Graduates year 2000 !
Blog ini dilahirkan untuk mengumpul dan menghimpun semula kawan2 dan kenalan yang sama2 belajar di Matrix UIA 94/96 dan IIUM Gombak Campus 96/2000 utk semua jurusan - Law, Econs, IRKHS, Engin, Bar, Ben, Medic (ada ka?) dan lain2 lagi... Moga kita dapat mengeratkan ukhwah, mengetahui perkembangan seterusnya mengukuhkan lagi jaringan (network) sesama kita

Insya4JJ1 kita akan wujudkan sebuah forum tidak lama lagi utk kita sama2 dapat berkongsi apa jua pandangan, perkembangan, pengetahuan, komen dan kritikan dan lain-lain lagi. sebarang bentuk cadangan amatlah dialu2kan dan tawaran utk menjadi moderator lagi2lah kecil dvd player, blue-ray disc daku tadahkan.

selamat berblog !
Admin · 549 views · 10 comments