Emel makluman dari Wisma
KEMBALI KE RAHMATULLAH EN KHAIRIL HISHAM HJ AHMAD, SETIAUSAHA KEDUA/
KETUA CANSERI,
MALAWAKIL TRIPOLI
Dukacita dimaklumkan En. Khairil Hisham bin Hj. Ahmad, Setiausaha
Kedua/ Ketua Canseri di Malawakil Tripoli telah kembali ke Rahmatullah
pada pukul 6.15 pagi di Tripoli, Libya. Kejadian berlaku ketika
beliau dan pemandu Kedutaan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Tripoli atas urusan rasmi.
2. Urusan Pengurusan jenazah sedang dijalankan dan Malawakil
Tripoli akan berusaha untuk menghantar balik jenazah ke Malaysia pada
hari ini dengan diiringi oleh Setiausaha Ketiga. Maklumat lengkap
penerbangan akan dimaklumkan kemudian.
3. Seluruh warga Wisma Putra merakamkan ucapan takziah dan
bersama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham
semoga dicucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman.
Syndication
2009-05-01 @ 02:01:22 am
by JetLee
ramadhan lalu kita dikejutkan dengan berita ...
2008-10-30 @ 02:38:06 pm
by zulu
Ya Allah.. Paih dah tak ada..
2008-10-30 @ 12:13:33 am
by hanif yusabra
hari isnin yg lepas aku pegi ...
2008-10-08 @ 02:02:18 pm
by mhusni
qamjat, betul lah tu Faiz nya.. ni ...
2008-09-19 @ 10:47:01 am
by mhusni