Calendar

December 2012
SunMonTueWedThuFriSat
 << < > >>
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Who's Online?

Member: 0
Visitors: 2

Tetamu Blog Hari Ini


Free chat widget @ ShoutMix

Last Comment

Faiz, Ape cite ko skrg..?? aku xde ...

2009-05-01 @ 02:01:22 am
by JetLee


ramadhan lalu kita dikejutkan dengan berita ...

2008-10-30 @ 02:38:06 pm
by zulu


Ya Allah.. Paih dah tak ada..

2008-10-30 @ 12:13:33 am
by hanif yusabra


hari isnin yg lepas aku pegi ...

2008-10-08 @ 02:02:18 pm
by mhusni


qamjat, betul lah tu Faiz nya.. ni ...

2008-09-19 @ 10:47:01 am
by mhusni


Announce

rss Syndication

Choose a skin



30 Oct 2008 
Faiz pernah bersekolah di Maahad Muhammadi, Kelantan kemudian di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, dan kemudiannya UIAM. Beliau bekerja di FELDA sehingga lah beliau sakit. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi (29/10/2008)


mhusni · 3123 views · 1 comment
19 Sep 2008 
Dimaklumkan rakan se-UIAM kita, Khairil Hisham bin Ahmad (19.9.1976-18.9.2008), BBA telah meninggal dunia semalam (18.9.2008) due to a fatal car accident di Tripoli, Libya.
Allahyarham bertugas di kedutaan Malaysia di Libya. Jenazah sedang diuruskan untu


mhusni · 1814 views · 0 comments
18 Aug 2008 

Tuhan..!

Aku tidak tahu mengapa aku ini

Aku berlainan sekali dari orang

Setiap kali kedatangan Ramadhan mereka menyambut dengan gembira

Muka-muka mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan pula

Kedatangan Ramadhan penuh dukacita

Bukan aku benci dengan bulanmu

Yang penuh dengan rahmat dan berkat

Tapi aku benci dengan diriku

Aku bimbang Ramadhanmu aku tidak dapat mengisinya dengan sebaik-baiknya

Aku rasa puasaku tidak sempurna

Bahkan adakalanya aku rasa puasaku terbatal selalu

Sembahyang yang aku bina tidak sah

Tarawikh dan bacaan Al Quranku tidak sampai ke mana


Tuhan!

Inilah yang menyelubungi hatiku

Setiap kali kedatangan Ramadhan

Aku tidak tahu apakah ini satu kesalahan

Ampunkan aku Tuhan!

Maafkan aku!

Kalau ini satu kesalahan

Pimpinlah aku

Dan betulkanlah sikapku

Sekali lagi aku memohon ampun dari-Mu


alifialias · 845 views · 0 comments
11 Aug 2008 
Orang profesional yang sebenarnya itu adalah yang merasa diri tidak layak dan tidak mampu membuat kerja-kerja yang diberikan kepadanya. Biarpun dia itu lahirnya memang cukup berbakat dan berpengetahuan dalam hal kerja yang diberikan tetapi rasa-rasa seperti itu membuatkan dia menyerahkan segala urusan kerjanya kepada Tuhan. Dia pun berdoa dan meminta kepada Tuhan, juga memohon dengan berkat gurunya. Hasilnya, akan datang bantuan-bantuan ghaib datang membantu menyelesaikan kerjanya. Sehinggakan bila sempurna kerja tersebut, tidak terasa pun yang kerja itu hasil tangannya. Tidak terasa yang dia itu berbuat. Tidak terasa yang dia itu ada campurtangan dalam kerja tersebut. Maka, daripada kejayaan kerja itu, hatinya terselamat daripada dosa batin seperti riyak dan ujub. Daripada kegagalan kerja itu pula, hatinya merasa itulah dosa-dosanya. Kegagalan tersebut tidak membuatkan dia buruk sangka dengan Tuhannya. Jauh sekali merasa kecewa atau dia putus asa.

Bukanlah dikatakan profesional jika dalam hendak membuat kerja, dia itu merasa diri pandai, merasa diri mampu dan merasa diri dia layak membuatnya. Dia sebenarnya sombong dengan Tuhannya kerana tidak merujuk dengan Tuhan sebaliknya merujuk pada kepandaian dan kemampuan diri dalam hendak membuat kerja. Apabila berjaya, dia akan mendabik dada dan berkata “Sayalah yang punya idea”, “Sayalah yang membuatnya”, “Jika tanpa saya, kerja tersebut tak akan berjaya”. Jikapun tidak berkata di mulut, di hati dia tetap berkata. Apabila gagal, dia tidak redha atas kegagalan sebaliknya mencari orang lain untuk dipersalahkan. Dia itu sudah membuat dosa-dosa batin tanpa disedarinya. Dia itu telah tenggelam dalam syirik khafi yang membawa kepada neraka jika tidak segera bertaubat atas dosa-dosa tersebut. Orang seperti ini sebenarnya bukanlah orang yang profesional, sebaliknya adalah orang emosional.
alifialias · 684 views · 0 comments
07 Aug 2008 
Tahun 2008 bermakna umur kita semua dah 32. Kalau ikut asia punya standard, umur macam kita ni, badan dah hancuss. Perut dah naik, sometimes mengalahkan perut pompuan mengadong. Stamina dah tak de. Kalau ada pun cukup untuk perform waktu malam je. Itu pun tak bole selalu hehehehe.
Sebenarnya, tak bermakna umur meningkat badan kita pun meningkat jugak. Muscle ni ikut seniority. Lagi senior muscle, lagi padat dan matured. Tu sebab kalau kita tengok bodybuilder, kebanyakkan yang menang semua dah senior.
Untuk menjaga badan tak semestinya kita kena pegi gym. Yang paling penting adalah menjaga pemakanan. Time dan quantity makanan yang masuk ke dalam perut hendaklah dijaga. Untuk permulaan, cuba jangan makan makanan berkaborhidrat selepas pukul 7 petang. Cuba makan ikan atau ayam panggang atau rebus untuk makan malam. sayur dan buah digalakkan. Buah yang baik adalah epal hijau. Minum air masak sebanyak yang mungkin sepanjang hari. Insyaallah akan berhasil.
cohong · 1338 views · 1 comment
05 Aug 2008 
Punya la lama aku dok mencari kat mana nak click nak post. Baru hari ni kelihatan. So maknanya umur aku masih panjang hehehehehe. This will be my first posting and others will menyusul tak lam lagi. Yeah Bebeh!

cohong · 765 views · 1 comment
19 Jul 2008 
Ahlan wa sahlan, welcome dan selamat datang...

Memandangkan ramai kengkawan kita yg 1st batch gombak (IIUM 96/2000) yang dah bertebaran membawa sayap, kerjaya dan keluarga masing2 (sorry bg belum berkeluarga) adalah diharap agar blog ini dapat menyatukan kita semula ibarat Sirih Pulang Ke Gagang (SPG?)

Almaklumlah, dah lebih 10 tahun dari kita berkenalan dulu, kdg2 tu kita dengar berita kwn2 kita dari kejauhan aje, ada yg dh jd lawyer, majistret, akauntan, businessman dan ada yg melanjutkan pelajaran oversea. Dalam pada itu ada jgk kawan kita yg sudah kembali ke rahmatullah bertemu dengan kekasih sejatinya, Tuhan Pencipta

Tak kurang juga ada di kalangan member2 kita yang jadi orang kuat menteri dan Timbalan Ketua Menteri ! Di samping tu, ada juga yg xnak keluar dari kepompong gombak tu, untuk menabur bakti lalu mengapply utk jd staf ataupun lecturer.. Jangan jadi killer lecturer udah le..

Ape2hal pun diharap anda semua dapat memberi sokongan kpd blog dan forum IIUM Grad 2000 ini. Ahlan wa sahlan sekali lagi..
alifialias · 1467 views · 9 comments
19 Jul 2008 
Assalamualaikum wbt.

Attention to all IIUM Graduates year 2000 !
Blog ini dilahirkan untuk mengumpul dan menghimpun semula kawan2 dan kenalan yang sama2 belajar di Matrix UIA 94/96 dan IIUM Gombak Campus 96/2000 utk semua jurusan - Law, Econs, IRKHS, Engin, Bar, Ben, Medic (ada ka?) dan lain2 lagi... Moga kita dapat mengeratkan ukhwah, mengetahui perkembangan seterusnya mengukuhkan lagi jaringan (network) sesama kita

Insya4JJ1 kita akan wujudkan sebuah forum tidak lama lagi utk kita sama2 dapat berkongsi apa jua pandangan, perkembangan, pengetahuan, komen dan kritikan dan lain-lain lagi. sebarang bentuk cadangan amatlah dialu2kan dan tawaran utk menjadi moderator lagi2lah kecil dvd player, blue-ray disc daku tadahkan.

selamat berblog !
Admin · 913 views · 1 comment